Kenapa Buah Kurma....?

Buah Kurma memiliki banyak manfaat terutama ketika anda menjalankan ibadah puasa.Di antaranya:

1. Kurma lebih mudah dicerna kerana tidak memberikan kejutan kepada perut anda yang berpuasa selama 12 jam lebih. Ini kerana kurma akan mengeluarkan zat yang mengaktifkan sistem pencernaan yang selama ini sedang berehat.

2. Kurma kaya dengan gula semulajadi seperti glukosa, sukrosa, dan fruktosa yang menstabilkan kandungan gula dalam darah. Selain itu, gula semulajadi ini juga rendah kalori, sehinggakan ia dapat mengembalikan tenaga anda yang hilang setelah berpuasa sehari penuh.

3. Kurma juga kaya dengan serat dan dapat menghindarkan diri anda daripada sembelit yang sering terjadi ketika tubuh kekurangan cairan dan serat.

4. Kandungan garam dalam kurma dapat menstabilkan paras asid dalam darah yang biasanya meningkat apabila makanan banyak bercampur aduk di dalam perut ketika sedang berbuka.
Amal-amalkan untuk kebaikan anda...!

Aku Seorang Wanita